Sabtu, 20 Oktober 2012

LAPORAN POLIS OLEH SAMM PENANG BERKENAAN KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH YANG MENGHINA ISLAM...

Samm Penang bersama (sekutu jika ada) dengan ini membuat laporan polis berkenaan perkara melampau ini. Kertas siasatan perlu dibuka, Tan Keng Liang perlu ditahan, telefonya perlu dirampas sebagai bahan bukti tambahan dan dia perlu dihukum sewajarnya. Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas dan adil seperti mana jika ada laporan terhadap yang lain. Samm Penang juga mengutuk sekeras-kerasnya NGO-NGO Melayu yang BACUL tiada apa tindakkan jika sebelum ini mereka membantah bagai orang gila apa yang dilakukan pihak lain khususnya DAP yang dikatakan menghina Islam. TV3 dan saluran perdana kerajaan umno juga dikutuk sekeras-kerasnya kerana masih memberi ruang kepada Tan Keng Liang untuk membidas Pakatan Rakyat dalam isu ini..

Laporan Polis oleh Solidariti Anak Muda Malaysia P.Pinang dan beberapa NGO lain..

Laporan sedang di buat oleh Ketua Penerangan Samm P.Pinang sdr Hafiz sambil di bantu Penyelaras Samm P.Pinang sdr Aidil...




Merujuk kepada akaun twitter milik Ketua Pemuda Gerakan Kedah iaitu Tan Keng Liang, terdapat beberapa tweet yang mempunyai unsur penghinaan terhadap agama Islam apabila hukum menutup aurat telah dipersenda.


Bagi SAMM, prejudis terhadap kepercayaan agama lain adalah suatu yang melampau. Tan Keng Liang secara jelas memperkatakan soal aurat seolah-olah ianya adalah suruhan sebuah parti politik sedangkan soal pemakaian dalam islam (aurat) adalah tuntutan Islam.

Tan Keng Liang yang mempersoal kononnya lelaki dalam PAS akan terangsang jika gambar model lelaki mengenakan seluar pendek terpampang di papan iklan adalah persoalan jahat di mana ia turut menggamit maksud penutupan aurat yang dituntut sebagai salah satu cara hidup Islam adalah sesuatu yang lucu.

Satu lagi tweet Tan Keng Liang yang berbunyi “Jika PAS menguasai Putrajaya, semua atlet samada Islam dan termasuklah bukan Islam perlu memakai seluar panjang dan baju yang berlengan”, apakah Tan Keng Liang benar-benar tahu dan faham mengenai aurat dalam Islam?

Inilah hasil didikan Umno terhadap rakan sebantalnya iaitu parti Gerakan. Bukan sahaja kesedaran terhadap sensetiviti agama Islam tidak dicerahkan dengan baik bahkan soal hukum agama juga turut dipermainkan di ruangan terbuka oleh bukan Islam yang boleh mengundang ketegangan antara agama. Begitu juga sebaliknya, tidak ada agama yang harus dipersenda.

Oleh demikian, kerakusan Tan Keng Liang memacu laman sosial twitternya sehingga secara sedar dan sengaja mempersenda tuntutan agama islam dalam perihal menutup aurat harus menerima hukuman yang setimpal. Badan berkuasa perlu bertindak pantas sebelum sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Tan Keng Liang menjadi ikutan dan akhirnya saling berbalas serangan berbentuk penghinaan antara agama.

Lantas, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang berpengkalan di seluruh negara telah membuat laporan polis terhadap sikap kurang ajar pemuda BN ini. Bermula dengan SAMM Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, laporan polis disusuli oleh SAMM
Selangor, Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu, Perak, Pahang dan SAMM Wilayah.

Jumaat, 19 Oktober 2012

SAMM - SUARAM JELAJAH NEGARA TERANG ISU SCORPENE MEMBABITKAN PEMBAZIRAN BERATUS JUTA WANG RAKYAT..




KENYATAAN MEDIA ISU SCORPENE OLEH SAMM, SUARAM, AMKPP DAN NGO

Pada 19hb Oktober 2012 jam10.00 pagi satu sidang media diadakan di Pejabat Keadilan Negeri P.Pinang dihadiri oleh Penyelaras Samm Kebangsaan Zulkifli Ibrahim, Penyelaras Samm P.Pinang Mohd Aidil Fitri Ibrahim, Ketua AMK P.Pinang Amir Ghazali, Ketua Penerangan AMK P.Pinang Rizal Hamid, Timbalan Pasukan Keadilan P.Pinang Lim Chee Leong dan Wakil KERABAT.


SAMM - SUARAM Jelajah negara terang isu Scorpene

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan aktivis anak muda akan bekerjasama dengan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) untuk menjelajah ke seluruh negara menerangkan Isu Skandal Scorpene, iaitu pembelian Kapal Selam negara yang melibatkan bukan sekadar kehilangan bilion wang negara tetapi turut melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Pembelian yang melibatkan komisyen (rasuah)  yang tinggi ini turut  terkait dengan beberapa kes sensasi negara yang lain. Pada masa itu Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Menteri Pertahanan yang sudah tentu terlibat secara langsung dalam pembelian alatan ketenteraan tersebut. Suaram telah membawa kes ini untuk dibicarakan di Peranchis. Panik dengan perkembangan itu regim penguasa telah menyerang Suaram kononya sebagai sebuah organisasi tidak berdaftar dan menerima dana asing. Malah regim cuba membina persepsi dengan memberikan beberapa maklumat mengelirukan untuk memberikan gambaran bahawa tidak ada apa yang berlaku di Peranchis berkenaan tindakan perundangan berkaitan jenayah rasuah pembelian kapal selam tersebut.

Media menjadi halangan utama maka SAMM dan Suaram akan terus turun memberikan penerangan pada rakyat. Siri jelajah fasa pertama kali ini mensasarkan seluruh rakyat khususnya di pinggir dan luar bandar memahami isu skandal ini yang sebenarnya bukan sahaja merugikan tetapi membahayakan negara.

Risalah khas akan dilancar untuk memberikan penerangan mudah kepada rakyat terbanyak sasarannya ialah memberikan kesedaran kepada rakyat dan menjadikan isu Skandal Scorpene sebagai isu utama ketika PRU yang bakal menjelang. Untuk itu semestinya perlu ramai penceramah yang memahami dan mampu menyampaikan isu ini dengan baik.

Untuk itu aktiviti di setiap siri jelajah akan ada Program Taklimat Tertutup yang akan mengumpulkan penceramah tempatan terdiri dari Pimpinan PR dan NGO. Taklimat 2 jam ini akan dikendalikan oleh team Peguam Scorpene yang akan membentangkan semua dokumen dan fakta berkaitan Scorpene. Peserta juga akan dibekalkan dengan 'kit ceramah' berkaitan Skandal Scorpene yang mengandungi dokumen - dokumen sulit bukti penting skandal tersebut. Sesi soal jawab dijadualkan sejam untuk menjadikan peserta yang terdiri dari penceramah tempatan benar - benar faham mengenai skandal ini dan mampu menyampaikan dengan baik selepas itu. Sasaran kami ialah 250 penceramah dalam 3 siri fasa pertama ini.

Malamnya pula akan ada 'rapat umum' Ceramah Penerangan Skandal yang akan menampilkan pasukan peguam Scorpene termasuk Cynthia Gabriel sendiri selain nama - nama penceramah besar yang lain. Akan dilancarkan risalah khas penerangan mudah mengenai scorpene juga akan dipersembahkan juga tayangan layar besar yang akan mempaparkan bukti-bukti bagi menjawab segala tuduhan dan menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.

Jelajah fasa pertama ini akan dibuat dalam 3 zon utama di semenanjung Malaysia.

  21 Oktober 2012

Taklimat Tertutup Skandal Scorpene 
12 tengahari - 2.30 petang di Yayasan Aman, Penanti
*terbuka kepada semua penceramah pimpinan parti politik dan NGO di Zon utara terhad 65 orang sahaja dan siapa yang berminat sila email butiran nama penuh, jawatan parti / NGO, no telefon kepada chegubard@gmail.com.

Ceramah Umum 'Pelancaran Jelajah Skandal Scorpene'
9.00 mlm - 12.00 tgh malam, di Padang Awam Teluk Air Tawar, Tasek Glugor
Penceramah- Che Gu Bard, Chynthia Gabriel (peguam isu scorpene)
*lokasi ini dipilih kerana diluar kawasan bandar dan signifikanya ia hampir kem tentera yang cukup rapat dengan isu pembelian senjata ini. Semua dijemput hadir.

4 Nov 2012 - siri Zon Selatan di Johor

10 Nov 2012 - siri Zon Pantai Timur di Pahang

Mohon kerjasama pihak media progresif dan semua untuk menyebarkan maklumat ini. Kita lawan mereka dengan fakta dan hujah. Kita sedarkan rakyat keperluan bangkit menyelamatkan negara.

Sekian.

cheGuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan