Kenyataan
Terbuka
27 September 2012
27 September 2012
TOLAK
ISU – ISU BODOH HANYA UNTUK ALIH PERHATIAN RAKYAT DARI MASALAH SEBENAR
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Angkatan
Muda Keadilan Pulau Pinang ,DAPsy ,Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang,
Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang, Kelab Perpaduan Rakyat dan Jingga 13 dengan
ini mengecam tindakan permainan media ‘dangkal’ regim penguasa dalam usaha
mengalih perhatian rakyat dalam isu sebenar.
Dari isu bendera ‘Sang Saka Malaya’ yang
dikibar pada malam merdeka yang diberikan perasa propaganda melampau dengan
fitnah ia menjadi agenda PR untuk menukar bendera negara. Isu ini dipatah
dengan mudah dengan hujah jika benar PR mahu menukar bendera mengapa tidak
bendera gantian tersebut diarak di negeri bawah pentadbiran PR dahulu, tetapi
ini tidak berlaku kerana ia hanya fitnah regim Bn semata.
Terbaru ialah isu di mana Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan beberapa pemimpin PR kononya menggunakan jet peribadi untuk hadir
ke acara parti di Labuan. Isu ini menjadi gempar hampir lebih seminggu
dimainkan di media perdana milik regim Bn.
Persoalanya mudah ; berapa wang negara (baca RM
rakyat) hilang kerana pemimpin PR ini menaiki jet peribadi tersebut ? Telah
juga diperjelaskan oleh Anwar Ibrahim sendiri jet tersebut di uruskan oleh
rakan beliau yang kebetulan merupakan ahli perniagaan dari Malaysia Timur.
Sebenarnya ini yang menakutkan Bn apabila ada orang korporat yang mula
cenderung menyokong PR. Maka orang korporat ini harus dicari sehingga ke lubang
cacing untuk dihukum.
Persoalan berikutnya ialah Anwar hanya seorang
Ketua Pembangkang dalam negara Malaysia dan seperti mana yang diketahui hampir
tidak punya peranan dalam pentadbiran negara kerana dinafikan oleh regim Bn.
Maka apa yang tidak kena ?
Jika melakukan penerbangan dengan jet peribadi
merupakan kesalahan, maka seharusnya lebih salah apabila dilakukan oleh Menteri
Kabinet dan sudah tentu tajaan itu lebih mampu mengundang perbagai persepsi.
Rekod penggunaan jet yang sama yang disediakan
oleh T Jets Sdn Bhd sendiri mampu memberikan penjelasan. Kita cabar media regim
mendedahkan pimpinan Umno yang pernah menggunakan jet tersebut dan siapa
pembiaya mereka. Antaranya pada 23 September 2011, Dato Seri Jamil Khir
Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga antara yang tersenarai pernah
menaiki jet tersebut.
Manakala pada 15 November 2011 lepas DatukSeri
Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno sendiri
telah mengakui menaiki jet peribadi yang ‘ditaja’ sahabatnya untuk ke Arab
Saudi. Mengapa ini tidak menarik perhatian media regim jika benar mahukan
ketelusan ? Siapa yang menaja menteri tersebut dalam penerbangan jet peribadi
dan apa kepentingan mereka ?
Itu belum lagi bagaimana wang negara terbazir
kerana atas program parti Bn helikopter, jet dan banyak harta negara digunakan.
Persoalanya kini jika disebut kemewahan
bagaimana pula media terus diam apabila muncul satu demi satu pemborosan Datin
Seri Paduka Rosmah Mansor. Cincin RM 24.45 juta yang telah dibuat laporan SPRM
masih belum terjawab, terbaru muncul pula gambar Rosmah dalam media internet
yang dikatakan mengenakan jam berjenama Frank Muller yang dikatakan berharga RM
350,000 – RM 500,000.
Itu belum lagi berbilion wang negara yang
hilang kerana kelemahan, pembaziran dan rasuah. Bersama kenyataan media ini
disenarai 75 kejadian kehilangan berbilion wang rakyat yang sehingga kini tidak
terjawab.
Kami mendesak untuk isu bodoh seperti isu jet
ini dihentikan segera. Ia cuma usaha sebuah regim yang hampir lemas dengan
kesedaran rakyat. Ia cuma satu usaha mengalihkan isu sebenar dari perhatian
rakyat.
Isu sebenar sekarang ialah kepayahan hidup
rakyat, negara hilang daya saing sehingga menanggung hutang paling tinggi dalam
sejarah negara, kenaikan harga barang dan rasuah serta penyelewengan yang tidak
terkawal. Kini negara ditahap kritikal, Malaysia memerlukan peranan semua dalam
usaha menyelamatkan negara ini. Kita memerlukan politik matang, seharusnya
inilah masa parti politik yang bakal bertanding dalam pilihanraya bersaing
dalam isu polisi dan tawaran kepada rakyat.
Inilah masanya kita melakar sejarah baru
politik matang dalam negara di mana ketua kepada parti penguasa (Bn) Datuk Seri
Najib Tun Razak harus tampil merani berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua gabungan pembangkang (PR). Yakinlah bukan kepetahan yang bakal menjadi
ukuran tetapi rakyat ternanti untuk menilai kejujuran dalam membuat tawaran
bagaimana negara harus dipacu ke depan menjadi sandaran. Selebihnya biar rakyat
membuat keputusan.
Kami anak muda tidak akan tertipu dan teralih
tumpuan.
Sekian.
Solidiriti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang
(AMKPP)
Democratic Action Party Socialist
Youth (DAPsy)
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang
Kelab Perpaduan Rakyat
Jingga 13
Persatuan kebajikan dan kebudayaan india Batu maung.
Malaysia Indian Voice (MIV)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan