Ahad, 26 Oktober 2014

Sokong Mobilisasi Untuk Kes Fitnah 2.0 Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Kenyataan Media. 26.10.2014



Sokong Mobilisasi Untuk Kes Fitnah 2.0 Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kes Fitnah 2.0 yang melibatkan Dato Sri Anwar Ibrahim akan berlangsung di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pada 28hb dan 29hb Oktober ini, dan ini merupakan peluang terakhir DSAI untuk merayu kes beliau yang jelas bermotifkan politik dan selective prosecution yang ingin menamatkan krarier politik DSAI.
Kami sebagai NGO-NGO yang memperjuangkan hak-hak asasi rakyat, menyokong penuh kempen ‪#‎RakyatHakimNegara‬ dan seruan mobilisasi oleh Parti Keadilan Rakyat untuk hadir ke mahkamah pada hari perbicaraan bagi menuntut satu pembelaan yang adil terhadap DSAI. Sokongan ini tidak hanya bertujuankan DSAI seorang tetapi juga bantahan kami terhadap ketirisan yang berlaku dalam system kehakiman negara dimana ia telah dipergunakan oleh puak pemerintah untuk menjatuhkan musuh politik mereka.
Kami juga seru rakyat berbilang bangsa di negara ini amnya dan di Pulau Pinang khususnya untuk turun beramai-ramai bagi menunjukkan bantahan kita terhadap puak pemerintah dan juga sebagai pembelaan kepada seorang insan yang tidak bersalah.Kes ini mendapat perhatian yang luas di luar negara, senator Australia Nick Xenophon juga menunjukkan keprihatianan beliau terhadap perkembangan semasa kes ini. Oleh yang demikian, sebagai rakyat di negara ini, kita seharusnya lebih mengambil berat dan sebolehnya bersama-sama dalam perbicaraan.
Kami juga menyeru kepada puak pemerintah untuk tidak melakukan sebarang sekatan dan tiada apa-apa provokasi daripada perseorangan atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab bagi menghalang misi mobilisasi ini dan mengikut maklumat yang diterima, mobilisasi di Pulau Pinang mendapat sambutan hebat dari orang ramai, bukan sahaja ahli PKR tetapi juga masyarakat yang tidak berparti dan mereka beranggapan ini adalah satu siri ketindasan terhadap DSAI dan penyalahgunaan sistem kehakiman, oleh itu perlu pembelaan daripada rakyat.
Berkenaan isu DSAI akan berpidato di Universiti Malaysia (UM), kami menyeru pihak universiti tidak menghalang sebarang usaha ini, kerana universiti sepatutnya menjadi platform untuk menolak kezaliman dan penindasan bukan bersekutu dengan puak pemerintah bagi menyokong segala kezaliman dan penindasan, ini sejajar dengan gelaran “menara ganding” yang diperolehi oleh universiti. Kami akan menyokong usaha pidato DSAI di UM dan sebahagian daripada ahli-ahli kami akan hadir menunjukan solidariti.


Solidariti Anak Muda M'sia P.Pinang -Samm Penang.
Kami Anak Muda Menentang Umno-K.A.M.U
Pertubuhan Wanita Mithali P.Pinang -Watami
Kelab Perpaduan Rakyat -KPR
Unit Ehsan P.Pinang -UE
Anak Muda P.Pinang -AMP
Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok.
Han Chiang Alumni Association.
Persatuan Sahabat Karib Pulau Pinang.
Persatuan Progresif India Malaysia -MIPAS P.Pinang.
Universiti Sains Malaysia's Student Progressive Front.
LANGGAR.
GERAK.
RAGAS.

Rabu, 19 Mac 2014

NGO DIBAYAR LUMAYAN OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Kenyataan Media Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin di lobi Parlimen
20 Mac 2014
Dalam soalan lisan saya kepada Perdana Menteri pada 19 Mac 2014, Saya tanya jumlah peruntukan yang diberikan kepada PERKASA oleh Majlis Keselamatan Negara dan Biro Tata Negara.
Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri telah menjawab pada hari. Sila rujuk jawapan.
Saya agak terkejut kerana ini pertama kali Kerajaan Barisan Nasional mengesahkan bahawa mereka telah memberi peruntukan kepada NGO extremis PERKASA. Perdana Menteri dengan slogan 1Malaysia yang kononnya ingin menyatupadukan rakyat berbilang kaum, tetapi, di belakang slogan yang manis, ia telah memberi sumber kewangan kepada NGO yang mengancam membakar bible, yang ingin membuat demo di depan gereja, yang memberi sarung putih kepada orang Cina sempena Tahun Baru Cina.
Maka terbuktilah, selama ini, Perkasa adalah sayap kepada UMNO dan ia menjalankan segala kerja extremis demi UMNO. Perkasa juga selama ini mengakui 80% ahli Perkasa adalah ahli UMNO.
Dengan bukti-bukti yang kukuh ini, Saya ingin mencabar president MCA Dato Seri Liow Tiong Lai memberi pendirian MCA ke atas tindakan kerajaan memberi peruntukan menyokong program PERKASA. Adakah MCA setuju dengan tindakan kerajaan? Jika tidak, apakah tindakan MCA seterusnya? Saya cabar MCA tidak memasuk cabinet yang yang menyokong extremis perkauman.
Jawapan ini jelas menunjukkan bahawa MCA sekongkol dengan NGO extremis Perkasa. Dalam PRK Kajang, calon MCA Chew Mei Fun telah berceramah dengan Ketua Penerangan PERKASA. Ketua Bahagian MCA Perlabuhan Klang 郑敬保 juga pernah berdemo bersama-sama dengan PERKASA. Saya ingin membongkar hypocrisy MCA bahawa mereka boleh dipercayai 信得过,靠得住 , ini slogan MCA dalam PRK Kajang.
Saya juga menyeru pengundi-pengundi di Kajang dapat melihat dengan diri sendiri hypocrisy UMNO-BN.
Akhir sekali, saya ingin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap jawapan dari menteri JPM kerana tidak berterus terang menjawap berapa peruntukan yang diberi kepada Perkasa. Menteri elak menjawab menimbulkan syak bahawa jumlah peruntukan tersebut amat tinggi, kerana program tersebut dihadiri oleh 5000 peserta. Saya menyarankan menteri meningkatkan transparency dan bercakap benar kepada wakil rakyat yang menimbulkan soalan dewan. Jangan menyembunyikan sesuatu, ini seolah-olah menaungi PERKASA.

Sim Tze Tzin, MP