Rabu, 13 Jun 2012

WARKAH BUAT ANAK MUDA INDIA YANG MAHUKAN PERUBAHAN

“YEMARATHE YEMARADHE” Jangan menipu, Jangan ditipu - Oleh Kumaresan-penyelaras MIV bahagian Pulau

Bercakap sahaja mengenai soal masyarakat India di Malaysia semua orang dapat memberi simbolik ‘kalau bukan mabuk, bukan India namanya’. Adakah masyarakat India hanya tahu minum todi dan adakah anak-anak muda kaum India hanya perlu menjadi hero pergaduhan. Siapakah yang perlu bertanggungjawab untuk menukar presepsi negatif ini terhadap masyarakat India? Jawapanya adalah diri anda sendiri, Mahtma Gandhi pernah mengatakan “we must become the change we want to see”. Setelah 54 tahun pemerintahan di bawah regim Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO nasib masyarakat India di Malaysia tidak pernah berubah sejak dahulu lagi. Ada pun perubahan adalah dari segi migrasi penduduk; dari estet ke Bandar, namun Dato G. Palanivel, Presiden Malaysian Indian Congres (MIC) atau MAIKA ( lebih dikenali di kalangan orang India) yang baru mengambil alih jawatan tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan yang menguris hati masyarakat India. Apabila bertanya kepada beliau apakah hala tuju dan nasib masyarakat India yang kini semakin hari semakin mendapat tekanan hidup, beliau pula menggesa masyarakat India untuk balik semula ke estet. Adakah ini penyelesaian yang dinanti-nantikan oleh masyarakat India? Apakah kita tidak layak untuk tinggal di Bandar dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Ini jelas menunjukkan sikap hipokrit pemimpin-pemimpin India di kompenan BN yang langsung tidak peduli dengan masa depan masyarakat India. Pendidikan anak-anak masyarakat India dianaktirikan dan digadaikan, sampai sekarang kerajaan BN tidak mampu untuk memberi penyelesaian terhadap isu-isu melibatkan sekolah Tamil. Makin hari, makin berkurangan sekolah-sekolah Tamil di Malaysia dulu kita mempunyai 888 buah sekolah, kini hanya tinggal 523 sekolah Tamil sahaja. Kita tidak mahu masyarakat India terus ditipu oleh regim BN. Kita tidak mahu masyarakat India memperjudikan nasib mereka hanya dengan sebuah hamper, sari, dhoti dan duit saku RM 50 apabila setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum. Kita mahu melihat perubahan dari segi peluang pendidikan, ekonomi dan sosial. Ayuh anak-anak muda bangkit untuk membuat perubahan jangan leka lagi dan menjadi mangsa penipuan BN!! (Yemarathe, Yemaradhe). Di harap pada PRU-13 nanti anak-anak muda masyarakat India akan membuat perubahan dengan membuat pilihan tepat memilih kerajaan yang dapat menjaga dan memulihara nasib masyarakat India. Anak-anak muda jangan lupa anda juga merupakan agen kepada perubahan tersebut. Oleh itu, tolonglah membuka minda dan mata ibu bapa dan keluarga anda yang masih karat dengan menyokong BN. Berikan mereka maklumat dan fakta yang selama ini mereka telah ditipu dan diperbodohkan oleh BN, kita memerlukan perubahan dan perubahan tersebut hanya boleh dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kumaresan Arumugam

Penyelaras Bahagian Pulau

Malaysian Indian Voice (MIV)

Negeri Pulau Pinang

Selasa, 12 Jun 2012

Senarai Program & Aktiviti Samm Penang bersama Chegu Bard-June 2012




17hb June 2012 (ahad)

5.45am- Subuh di Masjid Sg.Bakap

8.45am- Program bersama TKM1 (lokasi akan diberitahu kemudian)

5.00pm- Hi-Tea bersama anak muda Nibong Tebal di kedai arwah Paktam azahari depan dewan Jkkk Sg.kechil, Nibong Tebal (hubungi arof 012 470 2074)

7.30pm- Maghrib di Sg.Kecik

9.00pm- Ceramah di Sg.Pinang Balik Pulau -klik dibawah untuk keterangan lanjut:- hubungi faizal -013 435 9600

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2989275145339&set=at.2319245235010.92837.1665911472.100002976956913&type=1&theater


18hb June 2012 (isnin)

5.45am- Subuh Masjid Nibong tebal

7.00am- Santai minum pagi di kedai Ndoi Sg.Acheh (hubungi arof 012 470 2074)

4.00pmpm- Hi-Tea Bayan Baru(lokasi akan diberitahu kemudian) hubungi rizal 019 541 4818

7.30pm- Maghrib surau sg, Air Itam

9.00pm- Ceramah di Kuala Kurau. (YB Yunus)


19hb June 2012 (selasa)

5.45am- Subuh di Masjid Sg.Duri

8.00am- Program bersama KM Lim Guan Eng (lokasi akan diberitahu kemudian)

4.00pm- Hi-Tea di Bayan Baru di Dewan Jkkk Flat Hamnah Sg Dua, hubungi rizal 019 541 4818

7.30pm- Maghrib di Masjid Daerah Jawi

9.00pm- Ceramah di Dun Jawi (hubungi arof 012 470 2074)


Sabtu, 9 Jun 2012

Mesej dari PDRM menyokong tuntutan BERSIH perlu dilaksanakan..



Laporan Polis(original) berkenaan di terima oleh Samm Penang sewaktu laporan polis di buat berkenaan penjualan maklumat ketenteraan atau maklumat keselamatan negara kepada sebuah syarikat perancis..Samm Penang berasa sedikit terkejut dengan surat laporan asal yang berwarna kuning sedangkan kertas berwarna putih juga ada..ini kemungkinan ada mesej kepada Samm dari sebahagian anggota PDRM di balai tersebut yang menyokong BERSIH..



Laporan Polis berkenaan penjualan maklumat ketenteraan kepada sebuah syarikat perancis...Laporan Polis oleh Samm Penang & Amk B.Baru

Sidang media oleh Azrizal Tahir Ketua AMK B.Baru,turut bersama Ketua Amk Balik Pulau sdr faizal Abd rahman

Sdr Aidil(baju kuning) Penyelaras Samm Penang sedang membuat laporan polis..

Jumaat, 8 Jun 2012

Satu Laporan Polis berkenaan Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Tun Razak menjual maklumat keselamatan Negara kepada sebuah Syarikat Perancis...Bahagian Pulau Pinang akan di buat pada petang ini 9hb June 2012 jam 3.00 petang di Balai Polis Bayan Baru,Jalan Tengah (sebelah klinik kesihatan bayan baru) di barisi oleh Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang..

Khamis, 7 Jun 2012

Pendedahan KeBOROSan Rosmah Mansor Badak Air

http://www.facebook.com/​photo.php?fbid=369178053143​310&set=a.357635237630925.​81865.308524559208660&type​=1&ref=nf

Rabu, 6 Jun 2012

SAMM PULAU PINANG MENDESAK PENGANJUR DAN PIMPINAN TINGGI NEGERI MEMOHON MAAF DALAM ISU MENARI ALA-ALA K-POP DALAM MAJLIS ‘’BERTAM NITE’’ 

BERTAM,KEPALA BATAS, 5 JUNE 2012: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang amat duka cita dan kecewa dengan tindakkan penganjur dalam penganjuran ‘’Majlis Bertam Nite 2012’’ pada 3hb jun 2012 yang lepas dengan acara/adengan menari separuh bogel atau ala-ala k-pop(korea pop dance).

 Samm Pulau Pinang juga menolak penjelasan beberapa ajk penganjur yang kurang jelas dengan mengatakan ia disabotaj oleh pihak tertentu,adakah pekara sebegitu boleh terlepas pandang bagaimana dengan gah nya kata-kata sebelum ini yang kita akan menuju ke putrajaya sedangkan kesilapan sebegini masih terjadi. Bagaimana hendak mengambil alih putrajaya sedangkan pekara begini masih tak dapat ditangani.

 Samm Pulau Pinang menuntut pihak penganjur yang terbabit dalam majlis tersebut membuat pemohonan maaf secara terbuka dan penjelasan sebenar dan jelas kepada semua penduduk,penyokong,ahli dan anak-anak muda yang masih keliru dengan insiden tersebut. Berbagai tohmahan dan khabar angin sedang bercerita dipelbagai ruang laman social dengan berbagai cerita. Penjelasan yang sebenar perlu disegerakan untuk menepis segala dakwaan dan pertanyaan dari orang ramai bagi mengekalkan mood atau momentum untuk para-para pejuang dan penyokong bagi menghadapi pilihanraya umum yang kemungkinan akan tiba nanti. 

Bagi Samm Pulau Pinang kes sebegini ibarat ‘’kerana nila setitik rosak susu sebelanga’’ kerana tempiasnya terpalit kepada semua badan yang terlibat dalam perjuangan Pakatan Rakyat dan ini juga adalah satu kelemahan yang boleh diambil kesempatan isunya oleh pihak musuh untuk menjadikan modal untuk menyerang. Dalam insiden tersebut juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengarah Pilihanraya Negeri juga dikatakan terlibat kerana kehadiran mereka telah disahkan dalam majlis tersebut. 

Sekali lagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm) Pulau Pinang dengan sekeras-kerasnya menuntut agar pihak penganjur atau pimpinan tertinggi negeri memohon maaf secara terbuka dan memberi penjelasan kepada semua penyokong,ahli dan NGO-NGO yang seteru denganya.. 

“Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata” 

Sekian,Terima Kasih, 

Yang benar, 

AIDIL IBRAHIM 
Penyelaras Negeri 
Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm) Negeri Pulau Pinang 
Sammpenang709@gmail.com.my
 fb/samm penang

Aktiviti Samm Penang 2011/2012

0