Rabu, 6 Jun 2012

SAMM PULAU PINANG MENDESAK PENGANJUR DAN PIMPINAN TINGGI NEGERI MEMOHON MAAF DALAM ISU MENARI ALA-ALA K-POP DALAM MAJLIS ‘’BERTAM NITE’’ 

BERTAM,KEPALA BATAS, 5 JUNE 2012: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang amat duka cita dan kecewa dengan tindakkan penganjur dalam penganjuran ‘’Majlis Bertam Nite 2012’’ pada 3hb jun 2012 yang lepas dengan acara/adengan menari separuh bogel atau ala-ala k-pop(korea pop dance).

 Samm Pulau Pinang juga menolak penjelasan beberapa ajk penganjur yang kurang jelas dengan mengatakan ia disabotaj oleh pihak tertentu,adakah pekara sebegitu boleh terlepas pandang bagaimana dengan gah nya kata-kata sebelum ini yang kita akan menuju ke putrajaya sedangkan kesilapan sebegini masih terjadi. Bagaimana hendak mengambil alih putrajaya sedangkan pekara begini masih tak dapat ditangani.

 Samm Pulau Pinang menuntut pihak penganjur yang terbabit dalam majlis tersebut membuat pemohonan maaf secara terbuka dan penjelasan sebenar dan jelas kepada semua penduduk,penyokong,ahli dan anak-anak muda yang masih keliru dengan insiden tersebut. Berbagai tohmahan dan khabar angin sedang bercerita dipelbagai ruang laman social dengan berbagai cerita. Penjelasan yang sebenar perlu disegerakan untuk menepis segala dakwaan dan pertanyaan dari orang ramai bagi mengekalkan mood atau momentum untuk para-para pejuang dan penyokong bagi menghadapi pilihanraya umum yang kemungkinan akan tiba nanti. 

Bagi Samm Pulau Pinang kes sebegini ibarat ‘’kerana nila setitik rosak susu sebelanga’’ kerana tempiasnya terpalit kepada semua badan yang terlibat dalam perjuangan Pakatan Rakyat dan ini juga adalah satu kelemahan yang boleh diambil kesempatan isunya oleh pihak musuh untuk menjadikan modal untuk menyerang. Dalam insiden tersebut juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengarah Pilihanraya Negeri juga dikatakan terlibat kerana kehadiran mereka telah disahkan dalam majlis tersebut. 

Sekali lagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm) Pulau Pinang dengan sekeras-kerasnya menuntut agar pihak penganjur atau pimpinan tertinggi negeri memohon maaf secara terbuka dan memberi penjelasan kepada semua penyokong,ahli dan NGO-NGO yang seteru denganya.. 

“Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata” 

Sekian,Terima Kasih, 

Yang benar, 

AIDIL IBRAHIM 
Penyelaras Negeri 
Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm) Negeri Pulau Pinang 
Sammpenang709@gmail.com.my
 fb/samm penang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan