Selasa, 20 Ogos 2013

PTPTN: KERAJAAN LEBIH TERUK DARIPADA ALONG


Begitulah luahan Setiausaha Persatuan Progresif India Malaysia Negeri Pulau Pinang (MIPAS), Kumaresan Aramugam. Menurut beliau langkah Kerajaan untuk  melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar untuk membayar balik pinjaman adalah lebih teruk daripada Along yang mengutip pinjaman.  Melalui CCRIS kerajaan akan berkerjasama dengan Bank Negara untuk mempengaruhi kelulusan permohonan peminjam PTPTN daripada institusi kewangan . Mereka yang ingkar untuk membayar balik pinjaman PTPTN akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan yang lain terutamnya apabila membabitkan kelulusan permohonan pinjaman , kad kredit, dan sebagainya.  Maknanya bank akan menilai setiap rekod pembayaran sebelum memberi mereka pinjaman. Menurut Kumaresan, hal ini akan merunsingkan lagi peminjam PTPTN ketika mereka membuat permohonan pinjaman di institusi kewangan atau bank. Menurutnya lagi, Kerajaan sepatutnya menggunakan kaedah yang lebih mesra untuk mengutip semula pinjaman PTPTN dan bukannya dengan cara kasar dan  membebankan seperti ini. Buat masa ini, ramai dalam kalangan graduan yang baru habis belajar memperolehi pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000.00 dan mereka juga mempunyai perbelanjaan lain seperti tanggungan keluarga, pembayaran ansuran kereta, sewa rumah dan sebagainya. Beliau juga berkata, dengan kadar inflasi Negara yang tidak menentu harga barangan harian juga semakin mahal dan sekiranya Kerajaan menekan peminjam PTPTN untuk membayar balik pinjaman tanpa sebarang mekanisma yang mesra maka ianya  juga sama seperti Along yang mengutip semula hutang mereka.

Oleh,
Kumaresan Aramugam
Setiausaha
Persatuan Progresif India Malaysia

Negeri Pulau Pinang (MIPAS)

Komrad Samm Penang (Zon Barat Daya)

Khamis, 15 Ogos 2013

KESAL ATAS KEJADIAN KEZALIMAN DAN KEGANASAN DI MESIR.-SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA PULAU PINANG (SAMM PENANG)





                Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang ( Samm Penang) kesal atas kejadian yang berlaku di Mesir sehingga mengakibatkan kehilangan beribu-ribu nyawa penduduk Mesir. Demokrasi yang dilaung-laungkan sebelum ini juga telah di rogol oleh pemimpin-pemimpin dan pihak berkuasa yang mahukan kuasa dengan menyingkir pemimpin yang dipilih rakyat melalui demokrasi rakyat Mesir. Tindakan ganas tentera rejim kerajaan sementara Mesir tak ubah seperti tentera rejim Israel itu di laporkan telah mengorbankan lebih 400 orang dengan tembakkan peluru hidup termasuk seorang anak perempuan pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin Asmaa’ Hisham Saqr yang telah menemui syahid di tingkat 4 Hospital Medan sebelah Masjid Rabaa al-adawiyah.

                Angka korban terus meningkat dengan kanak-kanak dan wanita terus menjadi mangsa serangan membabi buta tentera rejim .Samm Penang mendesak serangan seperti ini dihentikan.Dalam bulan Ramadhan hingga lah sambutan Idul Fitri rakyat Mesir terus diasak tentera rejim mesir tanpa belas kasihan dengan tidak menghormati kesucian di bulan tersebut. Samm Penang sepenuhnya menyokong gerakkan ini terutama penyokong pemimpin sebenar yang di pilih rakyat Dr  Mohamed Mursi. Parti Ikhwanul Muslimin dan Parti-Parti kananya memenangi pilihanraya dengan 65% pilihan rakyat memihak kepada Ikhwanul Muslimin namun telah dinafikan dan digulingkan dengan rampasan kuasa oleh tentera rejim Mesir yang di dalangi oleh pengkhianat-pengkhianat rakyat, ini jelas menunjukkan sistem demokrasi telah di cabul.

               
               Pada masa sama ianya tiada beza dengan apa yang telah berlaku di Malaysia dalam pilihanraya umum yang lalu dengan kejadian penipuan dalam piliharaya seperti dakwat tidak kekal dikatakan kekal, peti undi dilarikan, dibuang dan politik wang demi mempertahankan kuasa jahat. Ini juga tak ubah seperti rejim kerajaan sementara Mesir dengan menolak pilihan rakyat 51% kepada Pakatan Rakyat. Pelbagai bukti penipuan di kemukakan namun tidak diendahkan malah mereka terus menekan dan mengugut untuk menakut-nakutkan rakyat.Inilah nasib rakyat apabila sesetengah rakyat yang masih belum membuka mata, membuka minda untuk memilih kerajaan sebenar bagi membela rakyat.

                                        

                Semangat kebangkitan rakyat yang di zalimi akan berlaku dan adakah apa yang berlaku sekarang seperti di beberapa buah Negara seperti Lybia,Syria dan Mesir adalah titik permulaan bagi Pemimpin-pemimpin negara yang menzalimi rakyatnya sendiri untuk menerima balasan. Kuasa Allah itu benar, keadilan Allah itu benar, maka tidak perlu kita takut atau tunduk kepada rejim-rejim yang menzalimi rakyat.Kepada rakyat Malaysia atau sesiapa sahaja mohon berdoa demi kesejahteraan umat islam di sana dan  yang cintakan syahid diseru untuk bersama-sama membantu saudara muslim di sana. Insyallah berkat doa dan bantuan dari kalian semua dapat menyelamatkan dan menghentikan kezaliman ini. Suara rakyat suara keramat, seorang pejuang menemui syahid insyallah seratus lagi pejuang akan muncul.

                                                  

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang
Samm Penang


‘’Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata”