Khamis, 28 November 2013

Tiada Salah Berjiwa Besar Akui Kesilapan Dan Memaafkan

Tiada Salah Berjiwa Besar Akui Kesilapan Dan Memaafkan

Submitted by  on November 29, 2013 – 10:17 AMNo Comment
jeff ooi
Kenyataan Media
29 November 2013
Tiada Salah Berjiwa Besar Akui Kesilapan Dan Memaafkan
Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang (SAMM P.Pinang) kesal dengan perkembangan yang berlaku di negeri ini dalam isu keceluparan seorang wakil rakyat.
SAMM P.Pinang melihat isu pertikaman lidah melibatkan Jeff Ooi dengan Penjawat Awam Pulau Pinang sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara yang berhemah dan penuh kematangan tanpa perlu terus mengguris mana-mana pihak dengan cacian, di atas dasar profesionalisma itu sendiri.
SAMM P.Pinang sedar bahawa rasa kecewa dan marah di atas sikap sambil lewa jabatan terbabit dalam menghantar pegawai ke lokasi lawatan Jeff Ooi mungkin telah menyebabkan Ahli Parlimen Jelutong itu terlanjur kata dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat. Namun dalam masa sama, SAMM P.Pinang bertegas bahawa apa yang dicemuh oleh Jeff Ooi itu sangat tidak setimpal dengan kedudukannya sebagai seorang MP Pakatan Rakyat. Jeff Ooi harus sedar dirinya mewakili Pakatan Rakyat, bukan Barisan Nasional.
Di manakah sikap professional beliau sebagai seorang pemimpin yang mewakili rakyat? Adakah beliau tidak tahu cara untuk menahan rasa marah? Seharusnya sebagai seorang pemain politik, Jeff Ooi patut mempunyai sikap professional yang tinggi dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik walaupun berada dalam situasi yang meresahkan.
Maka SAMM P.Pinang menyifatkan tiada salahnya sekiranya Jeff Ooi mengambil sikap berjiwa besar mengakui kesilapan dalam berbicara. Prestasi jabatan Kerajaan tidak begitu responsif terhadap isu rakyat melambangkan reputasi mereka dan sepatutnya ini yang menjadi isu.
Satu permohonan maaf secara terbuka atas keterlanjuran kata tidak akan meruntuhkan maruah Jeff Ooi sebagai seorang wakil rakyat. Sebaliknya ia menunjukkan sikap berhemah dan sentiasa bermuhasabah serta berjiwa besar sebagai seorang tokoh masyarakat. Malah ‘jalan keluar’ akan menjadi licin dan lebih memudahkan. Tetapi jika Jeff Ooi ingin terus berkeras, SAMM P.Pinang percaya inilah noktah seorang MP blogger.
Justeru, SAMM P.Pinang ingin mengingatkan semua pemimpin dan pendokong Pakatan Rakyat agar tidak menjadikan rejim Barisan Nasional sebagai guru. Usahlah menjadi sebuah rejim angkuh, bongkak dan mengutamakan kepentingan beberapa kerat di koridor kuasa.
Anggaplah kenyataan ini sebagai nasihat berguna, anak muda SAMM akan terus menjadi kumpulan pendesak bagi memastikan Pakatan Rakyat tidak tersasar jauh dari ikrar mendaulatkan rakyat.
Aidil Fitri Ibrahim
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) P.Pinang

Sabtu, 14 September 2013

CERAMAH PERDANA ' KAMI RAKYAT M'SIA MELAYU,CINA,INDIA BANTAH TPPA DAN BANTAH 20SEN, KAMI DAH CUKUP SENGSARA DI BAWAH UMNO/BN...

CERAMAH PERDANA BANTAH TPPA (PERSIDANGAN PERJANJIAN TRANS PASIFIK) DAN BANTAH KENAIKKAN MINYAK 20 SEN..

19.9.2013
9.00 MALAM
TANAH LAPANG KABIN JKKK BUKIT GEDONG
SEBELAH SURAU UBUDIAH JALAN PASAR MALAM ISNIN BUKIT GEDONG



"TPPA Gadai Negara?" 
"Mengapa Harga Minyak Tidak Patut Naik" 
"Janji Ditepati - 20sen" 
"Kerajaan 47% Naik Petrol 20sen"
"TPPA Jadikan Panadol RM40 sepapan?"
"TPPA Penjajah Ekonomi"
"Negara Aman 20sen"
 
MENGAPA KITA PERLU BANTAH ???? DAPATKAN JAWAPAN DALAM SIRI JELAJAH TERSEBUT..




Selasa, 20 Ogos 2013

PTPTN: KERAJAAN LEBIH TERUK DARIPADA ALONG


Begitulah luahan Setiausaha Persatuan Progresif India Malaysia Negeri Pulau Pinang (MIPAS), Kumaresan Aramugam. Menurut beliau langkah Kerajaan untuk  melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar untuk membayar balik pinjaman adalah lebih teruk daripada Along yang mengutip pinjaman.  Melalui CCRIS kerajaan akan berkerjasama dengan Bank Negara untuk mempengaruhi kelulusan permohonan peminjam PTPTN daripada institusi kewangan . Mereka yang ingkar untuk membayar balik pinjaman PTPTN akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan yang lain terutamnya apabila membabitkan kelulusan permohonan pinjaman , kad kredit, dan sebagainya.  Maknanya bank akan menilai setiap rekod pembayaran sebelum memberi mereka pinjaman. Menurut Kumaresan, hal ini akan merunsingkan lagi peminjam PTPTN ketika mereka membuat permohonan pinjaman di institusi kewangan atau bank. Menurutnya lagi, Kerajaan sepatutnya menggunakan kaedah yang lebih mesra untuk mengutip semula pinjaman PTPTN dan bukannya dengan cara kasar dan  membebankan seperti ini. Buat masa ini, ramai dalam kalangan graduan yang baru habis belajar memperolehi pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000.00 dan mereka juga mempunyai perbelanjaan lain seperti tanggungan keluarga, pembayaran ansuran kereta, sewa rumah dan sebagainya. Beliau juga berkata, dengan kadar inflasi Negara yang tidak menentu harga barangan harian juga semakin mahal dan sekiranya Kerajaan menekan peminjam PTPTN untuk membayar balik pinjaman tanpa sebarang mekanisma yang mesra maka ianya  juga sama seperti Along yang mengutip semula hutang mereka.

Oleh,
Kumaresan Aramugam
Setiausaha
Persatuan Progresif India Malaysia

Negeri Pulau Pinang (MIPAS)

Komrad Samm Penang (Zon Barat Daya)

Khamis, 15 Ogos 2013

KESAL ATAS KEJADIAN KEZALIMAN DAN KEGANASAN DI MESIR.-SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA PULAU PINANG (SAMM PENANG)





                Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang ( Samm Penang) kesal atas kejadian yang berlaku di Mesir sehingga mengakibatkan kehilangan beribu-ribu nyawa penduduk Mesir. Demokrasi yang dilaung-laungkan sebelum ini juga telah di rogol oleh pemimpin-pemimpin dan pihak berkuasa yang mahukan kuasa dengan menyingkir pemimpin yang dipilih rakyat melalui demokrasi rakyat Mesir. Tindakan ganas tentera rejim kerajaan sementara Mesir tak ubah seperti tentera rejim Israel itu di laporkan telah mengorbankan lebih 400 orang dengan tembakkan peluru hidup termasuk seorang anak perempuan pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin Asmaa’ Hisham Saqr yang telah menemui syahid di tingkat 4 Hospital Medan sebelah Masjid Rabaa al-adawiyah.

                Angka korban terus meningkat dengan kanak-kanak dan wanita terus menjadi mangsa serangan membabi buta tentera rejim .Samm Penang mendesak serangan seperti ini dihentikan.Dalam bulan Ramadhan hingga lah sambutan Idul Fitri rakyat Mesir terus diasak tentera rejim mesir tanpa belas kasihan dengan tidak menghormati kesucian di bulan tersebut. Samm Penang sepenuhnya menyokong gerakkan ini terutama penyokong pemimpin sebenar yang di pilih rakyat Dr  Mohamed Mursi. Parti Ikhwanul Muslimin dan Parti-Parti kananya memenangi pilihanraya dengan 65% pilihan rakyat memihak kepada Ikhwanul Muslimin namun telah dinafikan dan digulingkan dengan rampasan kuasa oleh tentera rejim Mesir yang di dalangi oleh pengkhianat-pengkhianat rakyat, ini jelas menunjukkan sistem demokrasi telah di cabul.

               
               Pada masa sama ianya tiada beza dengan apa yang telah berlaku di Malaysia dalam pilihanraya umum yang lalu dengan kejadian penipuan dalam piliharaya seperti dakwat tidak kekal dikatakan kekal, peti undi dilarikan, dibuang dan politik wang demi mempertahankan kuasa jahat. Ini juga tak ubah seperti rejim kerajaan sementara Mesir dengan menolak pilihan rakyat 51% kepada Pakatan Rakyat. Pelbagai bukti penipuan di kemukakan namun tidak diendahkan malah mereka terus menekan dan mengugut untuk menakut-nakutkan rakyat.Inilah nasib rakyat apabila sesetengah rakyat yang masih belum membuka mata, membuka minda untuk memilih kerajaan sebenar bagi membela rakyat.

                                        

                Semangat kebangkitan rakyat yang di zalimi akan berlaku dan adakah apa yang berlaku sekarang seperti di beberapa buah Negara seperti Lybia,Syria dan Mesir adalah titik permulaan bagi Pemimpin-pemimpin negara yang menzalimi rakyatnya sendiri untuk menerima balasan. Kuasa Allah itu benar, keadilan Allah itu benar, maka tidak perlu kita takut atau tunduk kepada rejim-rejim yang menzalimi rakyat.Kepada rakyat Malaysia atau sesiapa sahaja mohon berdoa demi kesejahteraan umat islam di sana dan  yang cintakan syahid diseru untuk bersama-sama membantu saudara muslim di sana. Insyallah berkat doa dan bantuan dari kalian semua dapat menyelamatkan dan menghentikan kezaliman ini. Suara rakyat suara keramat, seorang pejuang menemui syahid insyallah seratus lagi pejuang akan muncul.

                                                  

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang
Samm Penang


‘’Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata”      

Isnin, 3 Jun 2013

                                                              Kumaresan Arumugam
                           Setiausaha Persatuan Progesif India Malaysia, Negeri Pulau Pinang
                                      Ahli Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang

Jangan Pandang Ringan Kes Kematian Dalam Tahanan Polis
Persatuan Progesif India Malaysia Negeri Pulau Pinang (MIPAS) menggesa Kerajaan untuk tidak melambatkan  lagi proses untuk menubuhkan Suruhanjaya Aduan & Salah Laku Polis (IPCMC) untuk memberikan penyelesaian terhadap kes kematian dalam lokap Polis.  Menurut setiausahanya, Kumaresan Arumugam kerajaan seharusnya mendengar pandangan  Rakyat Malaysia untuk segerakan penubuhan IPCMC untuk menyelamatkan keadaan dan kebaikan semua demi menegakkan keadilan dan maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau berkata demikian apabila terdapat satu lagi kes kematian dalam lokap Polis , P. Karuna. Menurutnya lagi, penubuhan IPCMC tersebut juga perlu terdiri daripada mereka yang bebas daripada sebarang  pengaruh dan kepentingan politik bagi mengelakkan penglibatan kuasa politik dalam siasatan IPCMC ini kelak. Beliau berkata penubuhan IPCMC perlu disegerakan untuk menamatkan titik hitam  kes kematian dalam lokap Polis. Belum tamat lagi kes penyiasatan terhadap Dharmendran dan R. Jamesh Ramesh terdapat pula individu ketiga P. Karuna seorang bekas Jurutera  mati  dalam tahanan polis dalam tempoh dua minggu. Hal ini amat membimbangkan dan hasil maklum balas daripada orang ramai masing-masing merasakan kebimbangan mereka terhadap isu ini dilihat seperti ketiadaaan kesudahan dan orang ramai juga berpendapat lokap Polis di Malaysia tidak lagi selamat dan ada juga berpendapat PDRM mengambil alih tugas Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang tersebut. PDRM juga dilihat tidak serius untuk membendung isu ini kerana hasil ‘post –mortem’ terhadap kematian Dharmendran jelas menunjukkan terdapat unsur-unsur jenayah yang dilakukan oleh pihak Polis ketika di tahanan, namun sehingga hari ini  hanya tindakan tatatertib yang diambil terhadap anggota Polis yang terlibat iaitu  ditugaskan di unit kerja pejabat di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur buat sementara waktu. MIPAS membantah tindakan yang dikenakan kepada anggota Polis yang terlibat,  sebaliknya siasatan kes Kanun Keseksaan 302 perlu dibuka terhadap anggota yang terlibat. Menurutnya lagi, MIPAS Pulau Pinang dalam masa terdekat ini akan menyerahkan memorendum kepada Ketua Polis Pulau Pinang untuk menyuarakan bantahan NGO tersebut terhadap kes kematian dalam lokap Polis. Pihaknya juga menyeru agar kerajaan  dapat menjalankan siasatan dan mendapatkan keadilan untuk  mendiang P. Karuna.


Kumaresan Arumugam
Setiausaha Persatuan Progesif India Malaysia, Negeri Pulau Pinang
Ahli Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang


Ahad, 14 April 2013

Calon Muda N21 Sg Acheh Sdr Chegu Bard sakan berkempen..

Lawatan rumah ke rumah sekitar Sg Acheh N21 bersama Chegu Bard dan Dr Dato Mansor calon Parlimen Nibong Tebal

Layari page N21 Sg Acheh - http://www.facebook.com/N21SungaiAcheh

Jom 'Like' dan 'Share'... 

















Selasa, 9 April 2013

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PULAU PINANG 'MENYOKONG DAN PERTAHANKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG















HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PULAU PINANG 'MENYOKONG DAN PERTAHANKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG' PADA 12 HB APRIL 2013 JUMAAT JAM 2.30 PETANG (SELEPAS SOLAT JUMAAT) BERKUMPUL DI HADAPAN MAYBANK KOMTAR. TURUT BERSAMA PIMPINAN ANAK-ANAK MUDA, NGO-NGO PRO PAKATAN RAKYAT,KEADILAN,PAS & DAP. AYUH..SEBARKAN SEBANYAK MUNGKIN....
SEKIAN LAMA RAKYAT MENUNGGU DENGAN SABAR DAN PELBAGAI DUGAAN YANG DIHADAPI AKHIRNYA PM M'SIA MENGUMUMKAN JUGA TARIKH BUBAR PARLIMEN NAMUN TARIKH PILIHARAYA MASIH LAGI MENJADI TANDA TANYA, WALAUPUN APA CARA SEKALI DI GUNAKAN PIHAK UMNO/BN TERMASUK CARA SAMSENG MEMUKUL,MEMBALING BATU,MEMBALING TELUR MEMBALING CAT DAN SEBAGAINYA TERHADAP PEMIMPIN PR DAN RAKYAT IANYA TIDAK SESEKALI DAPAT MEMATAHKAN SEMANGAT RAKYAT UNTUK TERUS BERSATU DI BAWAH SATU BUMBUNG (MELAYU,CINA ,INDIADAN LAIN-LAIN)  UNTUK MENGHADAPI UMNO/BN DI PRU13 INI.
TIDAK TERLEPAS JUGA DARI SERANGAN PERIBADI, MEMFITNAH KETUA KERAJAAN NEGERI, KETUA PEMBANGKANG M'SIA YANG DILAKUKAN UMNO/BN JUSTERU KAMI ANAK-ANAK MUDA SEMEMANGNYA MENOLAK SEKERAS-KERASNYA POLITIK SAMSENG, KOTOR DAN BACUL INI DEMI MASA DEPAN M'SIA DAN MASA DEPAN ANAK CUCU KAMI.
HIMPUNAN KALI INI DIADAKAN ATAS DESAKAN RAKYAT MARHAEN YANG INGIN BERSAMA DAN INGIN MEMPERTAHANKAN KERAJAAN YANG ADA SEKARANG IAITU KERAJAAN PAKATAN RAKYAT YANG BANYAK MEMBANTU MELAKUKAN PERUBAHAN KE ATAS RAKYAT PULAU PINANG.
HIMPUNAN KALI INI JUGA DIADAKAN SECARA AMAN SEPERTI JUGA HIMPUNAN-HIMPUNAN YANG DIADAKAN SEBELUM INI YANG BEGITU AMAN DENGAN DIHADIRI PELBAGAI AGAMA, BANGSA,KAUM,LATAR BELAKANG DAN UMUR DAN IANYA BAGAIKAN PESTA RAKYAT. RAKYAT PERLU BERSAMA-SAMA DALAM HIMPUNAN INI DAN RAKYAT TAK PERLU TAKUT KERANA KITA ADALAH NEGARA DEMOKRASI SEPERTI YANG DI LAUNG-LAUNGKAN OLEH PEMIMPIN UMNO.
BAJU KUNING ADALAH PAKAIAN SEMASA HIMPUNAN INI DAN IA JUGA WARNA MELAMBANGKAN KEAKRABAN SEMUA BANGSA BERSATU YANG INGINKAN KEAMANAN.
INGAT!!!!! SEGALA PROVOKASI ATAU KEKECOHAN (PEMBAWAAN SENJATA TAJAM DI HARAMKAN) BUKAN DARI PESERTA HIMPUNAN INI, JIKA IANYA BERLAKU INDIVIDU TERSEBUT AKAN DITANGKAP , DI IKAT DAN DI SERAHKAN KEPADA POLIS.









Khamis, 4 April 2013

'CERAMAH PAKATAN HARAPAN RAKYAT' BERSAMA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM'



                               DI ATAS DISERTAKAN SEKALI PELAN LOKASI CERAMAH.. 

Tayangan LIVE melalui www.ustream.tv/channel/penangtv boleh dilayari jika anda jauh dari lokasi Ceramah.

Sebar dan Kongsi, Satu kongsian anda akan mempercepatkan umno tumbang..

'CERAMAH PAKATAN HARAPAN RAKYAT' BERSAMA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, JENERAL (B) TAN SRI MD HASHIM HUSSEIN, YB DATO MANSOR, YB RAMASAMY, UST SALLEH MAN, YB CHOW KON YEOW, YB UST MUJAHID RAWA, YB MALIK, YB SIM.

5HB APRIL 2013 (JUMAAT) JAM 9.00 MALAM
PADANG BOLA SEPAK TAMAN SERI BAYAN SEPULUH KONGSI SG ARA BAYAN LEPAS (BERHADAPAN DENGAN SEKOLAH RENDAH MUTIARA PERDANA)

SEMUA DIJEMPUT HADIR...

Ahad, 17 Mac 2013

Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?


Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?

Kenyataan Umum
17 Mac 2012

Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar ?

Sejak dari awal isu Lahad Datu muncul regim mengambil posisi menyerang dan tidak tahu mengapa PR tersudut dihimpit untuk berada di posisi bertahan.

Pengorbanan perajurit negara, semangat patriotisma ditunggang semahunya oleh regim untuk kelebihan politik domestik mereka. Walaupun banyak kelemahan regim malah tidak keterlaluan jika ahli politik regim tidak keterlaluan campur tangan pasti banyak kehilangan nyawa dan kerugian dapat dielakkan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mengambil sikap mengalihkan rakyat dari gear bertahan kepada gear menyerang. Isu Lahad Datu harus diperjelaskan dengan berani.

Untuk itu ruang perdebatan harus dibuka, malangnya isu sepenting ini yang harus di bawa ke parlimen untuk dibahaskan bagi bukan sekadar mencari punca tetapi memperbaiki kesilapan yang mengundang tragedi. Rakyat perlu dipersajikan dengan ulasan serta maklumat yang lebih membuka minda dan ke arah memperkasakan negara, namun malangnya regim (parti penguasa) cekap menyusun dan memanipulasi ruang sehingga menghimpit lawan politik.

Sehubungan dengan itu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini akan mengadakan program yang dikenali sebagai :

Mahkamah Rakyat : Membicarakan kisah dari Lahad Datu, siapa pengkhianat sebenar ?

Tarikh: 18 Mac 2013 (isnin)

Masa: 8.45 malam
Lokasi: Dewan Himpunan Cina Selangor (KLSCAH) – berdekatan stesen monorel Jln Maharajalela / Stadium Merdeka.

Program ini anjuran bersama Angkatan Perubahan Sabah dan SAMM akan menampilkan :

Tn Hj Mohamad Sabu
YB DS Wilfred Bumburing
YB Tian Chua
YB DS Lajim Ukin
Datuk Yahya Lampong
Datuk Kalakau Untol
Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir
Bekas Pengarah JPN Sabah
Siti Aminah (saksi hidup)
Mat Swadi (saksi hidup)
che’GuBard
Boby (SAMM Sabah)

Mohon sebarkan dan bantu mobilisasi maksima. Sebarang pertanyaan mengenai program sila hubungi penganjur di talian 010-2675872.

Juga malam itu juga akan dilancarkan risalah khas penerangan kes Lahad Datu dan kenderaan pacuan 4 roda SAMM khusus untuk “smoke operation”.

Seketeriat SAMM

Selasa, 12 Mac 2013

Chegubard SAMM Tuntut RM 5 Juta Gantirugi dan Pampasan daripada Utusan

Chegubard SAMM Tuntut RM 5 Juta Gantirugi dan Pampasan daripada Utusan
Ketua Penyelarasnya che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah bertindak menuntut gantirugi berbentuk pampasan dari Utusan Malaysia hari ini dengan jumlah RM5 juta di atas fitnah yang telah dilemparkan. 

Notis tuntutan telah dikeluarkan oleh kumpulan peguam Sazali & Lim, dihantar ke pejabat Utusan di Cheras pada jam 3 petang tadi. Notis tersebut juga telah diakui terima oleh wakil ketua pengarang.
Ketika notis ini dihantar, saudara Md Sani Md Shah dan juga saudara Yaser Sheikh Abdul Rahman tidak dibenarkan masuk ke pejabat utusan dan hanya berlegar di luar. Setelah beberapa kali berbincang dengan pengurusan, akhirnya wakil utusan yang juga dikatakan setiausaha kepada Ketua Pengarang setuju untuk cop dan tandatangan akuan terima.

Utusan Malaysia sebelum ini telah menyiarkan sebuah rencana bertarikh 14.01.2013 di atas tajuk "Medan Perah Duit Rakyat". Rencana tersebut disiarkan di dalam portal Utusan Online yang boleh diakses di alamat berikut;

http://www.utusan.com.my/utusan/rencana/20130114/re_01/medan-perah-duit-rakyat

Kandungan rencana tersebut khususnya di perenggan ke 13 telah menyebut;

"Apa yang menimbulkan persoalan ialah CheguBard (Badrul Hisham Shaharin) sebelum itu telah membuat pengumuman pada awal majlis bahawa kutipan derma pada malam menjelang Himpunan Shamsidar ialah RM30,000."

Petikan dari rencana seperti di atas bukan sahaja tidak benar, merupakan manipulasi dan putar belit serta terjumlah kepada fitnah jahat kepada Chegubard dan juga SAMM. 
Justeru, antara yang gantirugi dan pampasan yang dituntut kepada utusan adalah seperti berikut;

1. Membayar gantirugi dan pampasan sejumlah RM 5,000,000 (Ringgit Malaysia: Lima Juta) sahaja.
2. Permohonan maaf tanpa 'reservation' daripada pihak Utusan dan permohonan maaf ini hendaklah disiar secara bertulis dalam akhbar Utusan Malaysia versi cetak dan juga Utusan Online muka hadapan tiga hari berturut-turut
3. Utusan adalah dilarang dari menulis dan/atau menyiarkan tulisan yang sama yang berbentuk fitnah kepada Chegubard dan SAMM.
4. Rencana tersebut hendaklah ditarik balik dari portal tersebut.

Notis juga menyebut dua penama iaitu Ketua Pengarang Utusan sebagai penama pertama dan juga Mohd Asron Mustapha yang juga penulis rencana sebagai penama kedua.

Sekian,
Azrizal Tahir
Pengarah Kewangan SAMM

Rabu, 6 Mac 2013

Jadual Program-Program anjuran Kerajaan Negeri P.Pinang dan Samm P.Pinang pada Bulan Mac 2013

 Solat Hajat dan Tazkirah Maghrib bersama Dr BadrulAmin pada 7 Mac 2013 Selepas Solat Maghrib bertempat di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Sambutan Ulang Tahun ke 5 pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim , Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang , Tuan Lim Guan Eng dan ramai lagi pada 8 Mac 2013 Jam 9.00 malam di Padang Kota Lama Pulau Pinang.


Rapat Umum sempena Sambutan Ulang Tahun ke 5 pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hj Mohamad Sabu, Tuan Guru Hadi Awang, Tuan Lim Guan Eng dan ramai lagi pada 9 Mac 2013 Jam 9.00 malam  di Stadium Mini Bertam ,Kepala Batas
Hi Tea bersama Dr Badrulamin Adun Sabak Bernam , YB Dato Hj Abdul Malik Kassim Adun Bt Maung, YB Sim Tze Tzin Adun Pantai Jerjak pada 10 Mac 2013 Jam 5.00 petang di Taman Tunas Muda ( bersebelahan Flat Sri Delima)
Ceramah Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama Dato Dr Mansor TKM1 P.Pinang, Dr Badrulamin, Ust Hamizan, YB Sim Tze Tzin, En Rashid Hasnon pada 10 Mac 2013 Jam 9.00 malam di Dataran Surau Sg Nibong Tengah B.Baru anjuran Solidariti Anak Muda M'sia Pulau Pinang (cawangan Sg Ara)

Rabu, 20 Februari 2013

Kemuncak Fasa Pertama Roadshow #AmaranPRU: Semalam di P.Pinang 20hb Feb 2012

Roadshow #AmaranPRU terus kejayaan demi kejayaan di utara tanahair dengan mencapai matlamat yang disasar. Dua hari di Perlis dan Kedah sebelum ini menyaksikan semua parlimen tumpuan sedia untuk digempur oleh komrad SAMM.
Semalam seharian di Pulau Pinang, beberapa aktiviti telah berlangsung termasuklah taklimat penerangan dan pengagihan bahan ‘perang’ kepada seluruh komrad di Pulau Pinang dan juga organisasi anak muda yang bersama ingin bersama mengekal rentak kemenangan Pakatan Rakyat di P.Pinang. Satu pertemuan anak muda juga berlangsung di sebuah restoran cina islam di Bayan Baru, P.Pinang pada lewat petang.
pertemuan anak muda dan taklimat
Taklimat dan pertemuan anak muda di Restoran Cina Islam
Manakala di sebelah malam pula, Ceramah Umum #AmaranPRU peringkat Pulau Pinang berlangsung di Bukit Panchor, Nibong Tebal dengan kehadiran ribuan pengunjung.
Setakat jam11.30pm
Ribuan di tapak pasar malam Bukit Panchor, N.Tebal
Laungan “Amaran: Tipu PRU rakyat bangkit humban kamu” bergema di Pulau Pinang dan menjadi pedoman untuk rakyat bersedia tanpa arahan untuk bertindak dalam tempoh 48 jam jika penipuan pilihanraya tetap berlaku.
Chegubard di PP
Chegubard menyampaikan amanatnya khusus kepada anak muda
Haris Ibrahim di Ppinang
Haris cukup garang dalam menyampaikan pidatonya, ekspresi menerbitkan sifat perlawanan
Selain Chegubard, turut bersama menyampaikan pidato dalam jelajah di P.Pinang ialah peguam yang tidak asing lagi menentang kebejatan regim iaitu sdr Haris Ibrahim yang ketika ini bersama memimpin gerakan Asalkan Bukan Umno, ABU yang diimprovasi. Juga turut serta susuk yang pernah menjawat jawatan nombor tiga PDRM, Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM Dato Fauzi Shaari.
Walaubagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng tidak dapat menghadiri ceramah perdana pada malam semalam di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Hari ini, merupakan hari ke-4 Roadshow #AmaranPRU di utara akan berlangsung di Perak, menjadi medan terakhir fasa pertama jelajah yang membangkit keberanian rakyat. Venue jelajah di Perak telah bertukar sebanyak tiga kali, dari Teluk Sarih ke Kg Bukit Chawi, tukar pula ke MTD PAS Kg Gajah setelah pemilik tanah dua tempat terawal diugut dan ditekan oleh pemerintah ‘haram’ negeri Perak.
Ayuh hadir malam ini di MTD Kg Gajah dan dapatkan T-shirt khas yang dikeluarkan sempena Roadshow #AmaranPRU. Tshirt yang diperkenalkan SAMM dijual bagaikan ‘pisang panas’ dengan harga hanya RM10 sehelai (dengan kualiti baik) dan dengan harga RM10 ini hanya boleh didapati dalam Roadshow #AmaranPRU sahaja.
gamber pilian
Model dari SAMM Pahang
tshirt SAMM
Model dari SAMM P.Pinang
Ayuh hadir malam ini demi memeriahkan gerakan anak muda dan memartabatkan demokrasi dalam negara dengan satu AMARAN iaitu “Jika Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu!!”. Ini adalah kemuncak untuk fasa pertama jelajah SAMM-ABU, InshaAllah fasa kedua Roadshow #AmaranPRU akan dilancarkan menemui semua di seluruh negara dalam masa terdekat.
Sekian,

Edy Noor Reduan
 Pengarah Propaganda SAMM