Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang
melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih
setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion
Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.
1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7
billion.
Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan
di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri
berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri
untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan
Melayu di Pulau Indah pada
harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang
jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat
sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi
Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.
2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.
·
Harga asal pembelian: €1.14 billion
(RM4.52 billion)
·
Kos Senggaraan jangka
panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan
jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang
Belanjawan 2011
·
RM417 juta untuk membiayai
kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
·
RM56 juta untuk bayaran
pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention
(SMER-1).
·
Sebelum ini, kerajaan
sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.
3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.
·
Kerugian akibat
lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan
Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.
4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan
Mahathir sebanyak RM1.7 billion.
MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh
Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan
pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat
perkapalan milik anak beliau, Mirzan.
5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.
6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.
7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.
·
Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67
billion
Harga Kelowna Flightcraft untuk
helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat
menjimatkan RM805 juta)
8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292
juta.
9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta
10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4
billion.
11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10
juta.
12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.
13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4
juta.
14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70
juta.
15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.
16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.
17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.
18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.
19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.
20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit
(AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.
21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan
dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.
22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75
billion.
23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan
anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.
24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun
1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6
billion)
25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank
Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.
26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).
27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi
Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.
28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.
29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan
kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?
30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara
tahun 2004 – 2007)
31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang
lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1
juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO).
32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat
Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul
Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.
33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan
program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut,
kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai
kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang
perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.
Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang
dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium
telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan
segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan
perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.
34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat
persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu
Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada
kaitan dengan No. 2.
35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi
yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan
Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.
36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan
kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek
Jambatan Bengkok dibatalkan.
37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan
kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.
38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta
39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk
Latihan Khidmat Negara
40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7
juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.
41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian
dakwat kekal
42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar
ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat
pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima
durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008
sahaja.
43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport
kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak
dan ahli keluarganya.
44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS)
yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan
dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah
dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi
MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)
45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486
billion.
46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.
47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54
juta.
48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142
juta.
49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.
50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam
sebanyakRM8.3 juta.
51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.
52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan
berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga,
anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion
ringgit.
53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi
pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN
yang bernilaiberbillion-billion ringgit.
54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan
ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara
dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan
petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga
murah yang telah dipersetujui.
Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas
terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan
Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak
dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh
keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini,
Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan
Rakyat.
Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan
hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang
paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat
Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah
Rakyat melalui keuntungan Petronas.
55. RM5700 untuk membeli seunit jek
kereta yang berharga RM50. (*)
56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam
tempoh beberapa minit. (*)
57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)
58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)
59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)
60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)
(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT.
Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang
sama.
61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang
dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.
62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas
(IPP)
63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah ---
kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang
terpaksa rakyat bayar?
64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4
juta.
65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50
juta.
66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom
yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.
67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion
68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj
Al-Arab Dubai!!
69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk
sehari semalam.
70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the
Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek
peribadi ‘Permata Negara’nya.
72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak
Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang
majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.
73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.
74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000
sebulan.
75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka
tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit
membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan
teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia
ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk
dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.
Mohon maaf sekiranya Sebarang kesilapan dan kegagalan teknikal ...