Selasa, 4 September 2012

Pihak tidak bertanggungjawab terus menerus melakukan serangan terhadap Kerajaan Negeri P.Pinang semakin terdesak dengan kekuatan Pakatan Rakyat

Beberapa kejadian sebelum ini yang ingin menjatuhkan dan memalukan kerajaan negeri P.Pinang sekali lagi berlaku, pada kejadian sebelum ini pihak tidak bertanggungjawab telah melakukan pelbagai cara untuk menjatuhkan PR di P.Pinang dengan menghina Ketua Menteri Lim Guan Eng , dengan melakukan demotrasi ganas membakar, mengkalungkan bunga, menabur gambar di merata tempat untuk menarik perhatian awam namun ia tidak menjadi dan tidak hirau penduduk P.Pinang kerana rakyat sekarang bijak menilai yang kerajaan Negeri banyak membantu dari segi kebajikkan dan kemudahan fasiliti berbanding kerajaan BN sebelum ini..


Dalam kes terbaru 3 hb September 2012 sekali lagi kejadian tidak bertamadun ini berlaku apabila beberapa papan tanda dalam kawasan Adun Batu Maung Dato YB Abdul Malik Kassim di serang dengan cat, satu laporan Polis telah dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru juga merangkap Timbalan Ketua AMK P.Pinang di Balai Bayan Baru pada 4hb Sept 2012 jam5.30 petang..

Dalam laporan polis dan sidang media yang diadakan beberapa NGO turut menyatakan kekecewaan mereka terhadap apa yang telah berlaku, antaranya NGO yang hadir ialah Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia P.Pinang Sdr Aidil, Ahli Majlis Mppp Cik Ramlah & En Mohd Rashid Hasnon, Pengerusi Jkkk Bukit gedong En Mohd Zaini Ahmad dan Pengerusi Jkkk Sg Ara Sdr Ilfiq, Unit Ehsan En Ziezull Hakim, AmkTanjong En Hafiz, Ketua Sri Kandi P.Pinang Cik Latifah dan Persatuan Hindu batu Maung En Selvam..

Dalam laporan tersebut , pengadu mengharap pihak polis dapat melakukan siasatan lebih profesional ,cekap dan telus bagi memastikan pihak yang tidak bertanggungjawab itu ditangkap dan ini dapat mengelakkan dari kejadian kurang senang kepada penduduk-penduduk sekitar, ini juga boleh dikatakan vandalisme kerana merosakkan harta benda awam.


Antara lokasi yang menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab ialah persimpangan Bukit Gedong , persimpangan Batu maung.

Provokasi tersebut sengaja di cetuskan supaya ia dapat meimbulkan kekecohan antara pihak PR dan pihak lawan ,semua pihak dari pakatan rakyat diminta bertenang dan siasatan akan dilakukan oleh pihak polis...


Media Samm Penang..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan