Rabu, 19 September 2012

Merdeka Rakyat..! Pelancaran Perarakan Konvoi Rakyat (PKR) HARI MALAYSIA, dari Stadium Batu Kawan ke Sg Dua ke Pdg Kota.

Sidang media sebelum Perarakan Konvoi bermula

Tahniah kepada Pasukan Keadilan Seberang Perai kerana buat julong kalinya berjaya menganjurkan Perarakan Konvoi Rakyat (PKR) terbesar yang menggabungkan 12 NGO dan parti politik




Sejak Parti Keadilan ditubuhkan pada tahun 1999, inilah kali pertama program dibuat menggabungkan Pasukan Keadilan Seberang Perai, Jingga 13 Pulau Pinang, Lang-gar, Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang, AMK Pulau Pinang, Srikandi Pulau Pin
ang, Pertubuhan Mithali Pulau Pinang (WATAMI), Wanita Keadilan, Unit Kawalan Parlimen (UKP), Unit Ehsan Pulau Pinang, IKRAM (JIM) dan Kelab Perpaduan Bukit Gedung. Parti Keadilan Cabang Kepala Batas juga turut serta begitu juga penyokong dari jauh seperti Johor, Selangor, Langkawi, Alor Setar dan Kulim.


Wakil Solidariti Anak Muda Malaysia- Samm Penang

Video Klip-

http://www.facebook.com/photo.php?v=416138998445788&set=vb.100001490744829&type=2&theater

Hari Malaysia sebenarnya adalah kejayaan Anwar Ibrahim yang memperjuangkan 16 September hingga memaksa kerajaan menjadikan Hari Malaysia sebagai cuti umum buat semua rakyat Malaysia. Sebab itulah Perarakan Konvoi Rakyat (PKR) diadakan untuk meraikan kejayaan Anwar Ibrahim memperjuangkan Hari Malaysia.





Sebanyak 148 buah motosikal dan 88 buah kereta menyertai Perarakan Konvoi Rakyat (PKR) terimakasih kepada semua yang menyertainya.

Chegu Bard Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia turut bersama menyertai Konvoi

Bacaan Ikrar
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan