Roadshow #AmaranPRU terus kejayaan demi
kejayaan di utara tanahair dengan mencapai matlamat yang disasar. Dua
hari di Perlis dan Kedah sebelum ini menyaksikan semua parlimen tumpuan
sedia untuk digempur oleh komrad SAMM.
Semalam seharian di Pulau Pinang,
beberapa aktiviti telah berlangsung termasuklah taklimat penerangan dan
pengagihan bahan ‘perang’ kepada seluruh komrad di Pulau Pinang dan juga
organisasi anak muda yang bersama ingin bersama mengekal rentak
kemenangan Pakatan Rakyat di P.Pinang. Satu pertemuan anak muda juga
berlangsung di sebuah restoran cina islam di Bayan Baru, P.Pinang pada
lewat petang.
Manakala di sebelah malam pula, Ceramah
Umum #AmaranPRU peringkat Pulau Pinang berlangsung di Bukit Panchor,
Nibong Tebal dengan kehadiran ribuan pengunjung.
Laungan “Amaran: Tipu PRU rakyat bangkit
humban kamu” bergema di Pulau Pinang dan menjadi pedoman untuk rakyat
bersedia tanpa arahan untuk bertindak dalam tempoh 48 jam jika penipuan
pilihanraya tetap berlaku.
Selain Chegubard, turut bersama
menyampaikan pidato dalam jelajah di P.Pinang ialah peguam yang tidak
asing lagi menentang kebejatan regim iaitu sdr Haris Ibrahim yang ketika
ini bersama memimpin gerakan Asalkan Bukan Umno, ABU yang diimprovasi.
Juga turut serta susuk yang pernah menjawat jawatan nombor tiga
PDRM, Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM Dato Fauzi Shaari.
Walaubagaimanapun, Ketua Menteri Pulau
Pinang YAB Lim Guan Eng tidak dapat menghadiri ceramah perdana pada
malam semalam di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Hari ini, merupakan hari ke-4 Roadshow
#AmaranPRU di utara akan berlangsung di Perak, menjadi medan terakhir
fasa pertama jelajah yang membangkit keberanian rakyat. Venue jelajah di
Perak telah bertukar sebanyak tiga kali, dari Teluk Sarih ke Kg Bukit
Chawi, tukar pula ke MTD PAS Kg Gajah setelah pemilik tanah dua tempat
terawal diugut dan ditekan oleh pemerintah ‘haram’ negeri Perak.
Ayuh hadir malam ini di MTD Kg Gajah dan
dapatkan T-shirt khas yang dikeluarkan sempena Roadshow #AmaranPRU.
Tshirt yang diperkenalkan SAMM dijual bagaikan ‘pisang panas’ dengan
harga hanya RM10 sehelai (dengan kualiti baik) dan dengan harga RM10 ini
hanya boleh didapati dalam Roadshow #AmaranPRU sahaja.
Ayuh hadir malam ini demi memeriahkan
gerakan anak muda dan memartabatkan demokrasi dalam negara dengan satu
AMARAN iaitu “Jika Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu!!”. Ini adalah
kemuncak untuk fasa pertama jelajah SAMM-ABU, InshaAllah fasa kedua
Roadshow #AmaranPRU akan dilancarkan menemui semua di seluruh negara
dalam masa terdekat.
Sekian,
Pengarah Propaganda SAMM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan