Sabtu, 20 Oktober 2012

LAPORAN POLIS OLEH SAMM PENANG BERKENAAN KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH YANG MENGHINA ISLAM...

Samm Penang bersama (sekutu jika ada) dengan ini membuat laporan polis berkenaan perkara melampau ini. Kertas siasatan perlu dibuka, Tan Keng Liang perlu ditahan, telefonya perlu dirampas sebagai bahan bukti tambahan dan dia perlu dihukum sewajarnya. Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas dan adil seperti mana jika ada laporan terhadap yang lain. Samm Penang juga mengutuk sekeras-kerasnya NGO-NGO Melayu yang BACUL tiada apa tindakkan jika sebelum ini mereka membantah bagai orang gila apa yang dilakukan pihak lain khususnya DAP yang dikatakan menghina Islam. TV3 dan saluran perdana kerajaan umno juga dikutuk sekeras-kerasnya kerana masih memberi ruang kepada Tan Keng Liang untuk membidas Pakatan Rakyat dalam isu ini..

Laporan Polis oleh Solidariti Anak Muda Malaysia P.Pinang dan beberapa NGO lain..

Laporan sedang di buat oleh Ketua Penerangan Samm P.Pinang sdr Hafiz sambil di bantu Penyelaras Samm P.Pinang sdr Aidil...




Merujuk kepada akaun twitter milik Ketua Pemuda Gerakan Kedah iaitu Tan Keng Liang, terdapat beberapa tweet yang mempunyai unsur penghinaan terhadap agama Islam apabila hukum menutup aurat telah dipersenda.


Bagi SAMM, prejudis terhadap kepercayaan agama lain adalah suatu yang melampau. Tan Keng Liang secara jelas memperkatakan soal aurat seolah-olah ianya adalah suruhan sebuah parti politik sedangkan soal pemakaian dalam islam (aurat) adalah tuntutan Islam.

Tan Keng Liang yang mempersoal kononnya lelaki dalam PAS akan terangsang jika gambar model lelaki mengenakan seluar pendek terpampang di papan iklan adalah persoalan jahat di mana ia turut menggamit maksud penutupan aurat yang dituntut sebagai salah satu cara hidup Islam adalah sesuatu yang lucu.

Satu lagi tweet Tan Keng Liang yang berbunyi “Jika PAS menguasai Putrajaya, semua atlet samada Islam dan termasuklah bukan Islam perlu memakai seluar panjang dan baju yang berlengan”, apakah Tan Keng Liang benar-benar tahu dan faham mengenai aurat dalam Islam?

Inilah hasil didikan Umno terhadap rakan sebantalnya iaitu parti Gerakan. Bukan sahaja kesedaran terhadap sensetiviti agama Islam tidak dicerahkan dengan baik bahkan soal hukum agama juga turut dipermainkan di ruangan terbuka oleh bukan Islam yang boleh mengundang ketegangan antara agama. Begitu juga sebaliknya, tidak ada agama yang harus dipersenda.

Oleh demikian, kerakusan Tan Keng Liang memacu laman sosial twitternya sehingga secara sedar dan sengaja mempersenda tuntutan agama islam dalam perihal menutup aurat harus menerima hukuman yang setimpal. Badan berkuasa perlu bertindak pantas sebelum sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Tan Keng Liang menjadi ikutan dan akhirnya saling berbalas serangan berbentuk penghinaan antara agama.

Lantas, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang berpengkalan di seluruh negara telah membuat laporan polis terhadap sikap kurang ajar pemuda BN ini. Bermula dengan SAMM Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, laporan polis disusuli oleh SAMM
Selangor, Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu, Perak, Pahang dan SAMM Wilayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan